Memang menyeronokkan menghadiri kursus sebab banyak perkara baru yang saya pelajari... Dalam kursus ni, saya diajar membuat props@alatan bercerita dalam P&P seperti origami, senduk, pinggan ajaib,lidi dsb...Tapi bagi cikgu2 yang otai: ini semua kami dah buat dulu-dulu.Semasa berlangsungnya bengkel, saya terasa sangat diri ini tak pandai langsung dalam melukis.. memang jemari ni dah jadi buluh, tak boleh dilentur-lentur lagi!! Tetapi, saya amat kagum melihat cikgu2 lama, apa sahaja props yang dikehendaki, sentuhan mereka pasti menjadi !! Berbanding dengan saya, memang menjadi props yang saya hasilkan, tapi tidak sehebat, secomel dan semolek yang lain..Betapa cemburunya saya dengan bakat mereka !!
Penceramah memang istimewa orangnya..Mengapa istimewa ?? Sebab beliau OKU...Beliau mempunyai masalah berjalan kerana mengalami demam panas pada usia 8 bulan.Beliau berjalan menggunakan tongkat.Selama ini saya hanya membaca, mendengar dan melihat dalam media berkenaan OKU yang berjaya.Tapi yang ini, saya melihat dengan mata saya sendiri.Beliau bekerja di DBP.Kekreatifan yang ada pada dirinya membuat saya kagum .Sekali lagi,saya terasa diri kekurangan.Itu lah hidup, ada kelebihan dan kekurangan.Bersyukurlah dengan kurniaan Allah.. Lihat la gambar ni yang sempat dirakam semasa kursus berlangsung :
senyuman si Jambu Air |
Teknik lidi |
Penghias pentas |
Meninggalkan anak-anak tersayang, yang paling ketara ialah Fatihah Iman, demam..Bonda bercerita, Fatihah memanggil abu..abu..abu sambil memandang pintu bilik tidur saya..Kesian dia..Firdaus sudah besar, bila berpeluang bercakap menerusi telefon banyak la soalan yang ditanya :
1. Bilik ibu tu katilnya ada 1 ke 2 ?
2. Bilik ibu tinggi sangat sangat sangat ?
3. Kenapa ibu tak bawak Da dengan Fatey gi hotel ?
4. Bila ibu nak balik ni ?|
Banyak pengalaman yang akan dibingkiskan, tetapi Fatihah sudah menepuk-nepuk papan kekunci ni, maknanya ibu kena berhenti..Okeyla.Babai..Wassalam
No comments:
Post a Comment