Salam...Syukur, lega, gembira...Bercampur baur perasaan saya pada minggu ini...Selasa lepas, saya mengiring perjuangan anak didik ke STAR Paroi...Menyaksikan mereka berjuang habis-habisan di trek bersama 3 orang guru yang lain... Tidak terucap dengan kata-kata melihat mereka menjulang trofi pusingan selaku menjadi Johan Keseluruhan Sekolah Rendah Kelas P10, atlet terbaik dan olahragawati sekolah rendah.. kemenangan yang menjadi idaman semua kontinjen yang bertanding menjadi milik SK Puteri...
Bukan senang untuk melahirkan atlet yang bagus. Saya sendiri sudah 6 tahun terlibat dalam olahraga, ini baru pertama kali menumpang kejayaan ini..Semangat juang anak-anak murid juga wajar diberi pujian.Melihat rakan yang lain mendapat emas pertama. itu lah menjadi pembakar semangat mereka...Dan sesungguhnya, hendak mengekalkan kejayaan itu lebih payah daripada mencapai sesuatu kejayaan...Apa-apa pun yang penting berusaha sahaja dan berdoa...
Disebalik kemanisan itu, ada pahitnya...barang saya hilang dicuri pencopek !!! memang hampeh!!! Bila berada di stadium, sudah pasti saya dan rakan akan duduk di situ seharian suntuk..amat tidak bijak lah saya ni, jika masa yang ada dibuang begitu sahaja tanpa buat apa-apa..Maka saya mengangkut buku prestasi pelajar ke sana untuk mengisi markah...Usai kerja, simpan balik buku dan pensil box ke dalam beg...Leka menyaksikan persembahan penutup,saya menerima sms dari rakan "Ayu, tolong tengok beg kamera akak"..
Menggigil saya mendapati beg dan beg kamera dah tak ada !!! Mampus saya nak mencari buku laporan murid2...Tapi rezeki saya masih ada...Allah membantu saya...beg itu ada di atas tembok tetapi pensil box saya yang mewah dengan alat tulis tu, kena kebas...Beg kamera jumpa di atas tangga...Takpe lah kan, yang penting buku2 murid tak hilang..memang kejadian ini beri pengajaran pada saya supaya lebih berhati-hati... Bila difikir2 balik, takde yang berharga dalam beg itu, tapi dah dasar pencuri yang sentiasa kreatif dengan hasil curiannya, apa2 benda pun dia tibai !!!
Oklah...jumpa lagi pada bingkisan akan datang..Babai..Wassalam
No comments:
Post a Comment