Tuesday, May 17, 2011

Hari Sukan RSK

Salam.. Sudah lama saya tidak bersiaran..Biasalah, tiada perkataan lain melainkan sibuk saja baik di rumah mahu pun di sekolah.. Namun, saya berkesempatan menghadiri Hari Sukan Rumah Si Kecil baru-baru ini.. Memang berharap sangat nak pergi memandangkan hari-hari tengok Firdaus marchin ( marching ), hari-hari dok dengar dia nyanyi lagu Red Team, hari - hari dok dia lari dalam rumah, dok dengar dia baca ikrar ... Memang bersemangat betul la..Jadi memang tak patut kalau  ibu tak pergi dan sebagai pembakar semangat ibu  pakai baju merah.. Lokasi hari sukan di Center Court, Paroi..tempat berbumbung memang kena dengan cuaca sekarang.Usai menidurkan Fatihah, cepat-cepat bersiap..



Tepat jam 2.00 petang, acara bermula..ada persembahan tarian kemudian kawad.. memang kelakar tengok  si kecil ni berkawad, macam - macam cara dan gaya. Tak kisah lah kan, nama pun si kecil. Kalau mengharapkan kesempurnaan dari si kecil, memang la, tak tahu nak cakap apa.Tapi kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Perlahan - lahan mendidik mereka. Lepas bacaan ikrar. ada sorakan rumah sukan masing-masing.Saya paling suka melihat dan mendengar anak-anak menyanyikan lagu tadika mereka.Rasa syahdu pula. Tak tau la kenapa walhal lagu itu senikatanya menceritakan keriangan dan menggembirakan. Yang paling saya hafal mestilah lagu Red Teamkan sebab hari-hari dok dengar :


We are the one the most goes up
To be a champion
We are we are red team red team
Its okey its orait
Come on red team. fight fight fight..
Go go red team !!



Ada 8 acara : kura-kura dalam gelung, shoalin soccer kids, sweet memories, space jam slam dunk, puzzle trouble, bowlers kids, lontar pundi kacang dan baton run. Untuk ibu bapa : baton run dan hoopla.. Memang menarik dan menghiburkan.. Dalam pukul 4.00 semua selesai..Red team naib johan..Selama ni, saya hanya melihat saja, tapi kali ini saya mengalami dan merasainya pula.Pengalaman baharu bagi saya sebagai seorang ibu. Apabila melihat ibu bapa yang lain memberikan sorakan semangat kepada anak masing - masing dan menepuk-nepuk bahu anak mereka dan memeluk mereka sebaik selesai acara, membuatkan  saya sedar betapa seorang anak itu memang memerlukan sokongan dan dorongan dari ibu dan bapa dalam apa jua yang mereka lakukan sejak kecil lagi.




Jangan lupa ucap terima kasih..
 

kiri kanan kiri kanan..

Petang itu,Firdaus pulang dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya sambil membelek-belek medal yang dimenangi.Rasanya memang berbaloi dengan usaha dirinya dan cikgu-cikgu di RSK.


Okey. Jumpa lagi..babai..wassalam..


p/s: Ada orang bertanya kepada saya, asyik cerita Firdaus sahaja, Fatihah mana ceritanya..



No comments:

Post a Comment