Salam..Memandangkan murid-murid sedang menduduki peperiksaan, maka tiada P&P dijalankan. Oleh sebab itu, sesi persekolahan tamat 1.05 petang..dan saya apa lagi, start enjin kete dan terus..... Bukan saja-saja balik awal, tapi puteri tercinta kena cucuk hari ini di KPJ ...1 tahun 6 bulan... Makin besar makin banyak suku kata yang keluar..tapi kebanyakkan bunyi hujung sahaja :
shah = basah
sha =Kak Alisa (anak along no.2 )
didik = bibik
ship = sleep
atung = dukung
dodong = tudung
tik = cantik
shang = pisang
ayi = air
tal = gatal
atit = sakit
Hari ini, memang rezeki..jumpa parking senang sahaja..kalau tidak, mahu 4 5 kali pusing cari tempat parkir.. Bila sampai di klinik, lengang juga.elok la tu, tak perlu tunggu lama-lama..Sementara nama dipanggil, anak bujang dan anak dara tu, biasalah..hospital macam ibu dia punya..lari sana sini, panjat sana sini..Fatihah yang setia mengikut sahaja apa yang dibuat oleh abangnya..Dengan suara yang lantang, menjerit - jerit memanggil abang ! abang ! setiap kali si abang hilang dari pandangannya.Ada beberapa orang yang lalu lalang akan mencuit pipi dan mengusap kepala si anak dara itu yang sentiasa tersenyum kepada sesiapa sahaja. Perkara yang saya ingat, ada seorang pekerja ( cleaner ) yang menolak troli yang berisi bahan pencuci. Fatihah apalagi menjerit didik ! didik ! sekuat hatinya. ( didik itu ialah bibik ) sambil menuding jari telunjuk pada aci tadi..memang lah dia tu..
Bila nama dipanggil, Dr. Wan ( pakar kanak2 yang merawat anak-anak saya ) menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Fatihah..tetapi Fatihah terus memeluk doktor tu..terkejut saya dengan respon sedemikian..alahai.. Ambil berat dulu..11.9kg.. Ni la masa ditunggu-tunggu..kena inject!! Saya peluk Fatihah takut dia meronta..tapi bila dia tengok jarum tu, dia senyum sahaja..dan bila dicucuk dia senyum senyum dan senyum sampai selesai.. Emmm..dia lebih kebal dari Firdaus !!
Kena berhenti dulu, dah dengar anak dara memanggil abu..abu..abu..Babai..Wassalam
No comments:
Post a Comment