Tuesday, May 24, 2011

aduhh..pening kepala..adoii sakit perut

Salam..Saya seorang ibu kepada 2 orang anak kecil..walaupun dua tapi saya rasa...aduhai.. Saya ada seorang kawan, seorang guru juga yang saya kenal semasa mengikuti kursus. Jadi bila ibu bertemu ibu, kisah anak-anak menjadi topik perbualan. Kawan saya itu dikurniakan 8 orang anak..Ramaikan, tapi kat luar sana ada lagi ramai dari dia semestinya !! Bila saya tanya macam mana dia boleh menjaga anak seramai tanpa bantuan sesiapa, dia hanya menjawab " Berdoalah pada Allah ayu. Dia yang pasti membantu ". Jawapan yang ringkas, tapi mendalam maksudnya..


Semenjak  1 2 minggu ni, Firdaus sudah ada perancangan strategik untuk mengelat diri dari ke sekolah !! Yang sorang ni, memanglah..kalau tak buat ibu marah, bukan Firdaus lah namanya..Sudah pandai menipu tak nak ke sekolah.. Bermula dari raptai hari sukan 2 minggu sudah, alasan sakit perut..memang menangis kaww kaww punya lah..real !!! Okeylah kan, emak saya kata : Okeylah, tak payah sekolah, Firdaus baring lah ye.Opah nak keluar ..  Pastu emak saya keluar dan balik ke rumah.masuk rumah senyap2 saja sebab Fatihah tidur. Tiba-tiba emak saya nampak dia keluar dari dapur..berubah muka si Firdaus lalu cakap : Eh! Opah dah balik, ingatkan opah pegi mengaji .. Perut Da dah tak sakit sebab tu Da jalan2 ni.. Bila dirisik2 kenapa tak mau ke sekolah, dia cakap dia takut nak gi stadium sebab ada raptai sukan!!! 


Tu yang pertama . yang kedua lagi best...Bangun tidur je, nangis gila2 babas..Lakonan memang bombastik dan 1st class...Da pening kepala ni, macam mana nak sekolah, Da kena tidur lama lagi ni baru kepala Da okey..Emak saya hangin satu badan : Opah nak Da pergi sekolah jugak. Kalau tak nak Rajagopal amik ( saja-saja gertak sebut Rajagopal ).. Da tak nak..Da sakit perut ni.. Bila dia sebut sakit perut lagi emak tinggi suara : Aikkk, tadi pening sekarang sakit perut plak !! Tipu Opah aje ye... kan dah kantoi...akhirnya ke sekolah jugak..


Kadang-kadang terfikir, mana lah dia belajar ni semua..Hmmmm..makin besar makin banyak cengkadak dan bertambah2 sengalnya !! Semuanya menguji kesabaran.. Tapi itulah dia kanak-kanak. kalau tak beragam - ragam perangai takdelah namanya kanak-kanak..


Sampai sini saja bingkisan kali ini.Sebab saya kena jaga 2 orang budak kecil Fatihah dan Jojo ( anak buah ) yang asyik berebut barang saja!!! Babai..Wassalam...

No comments:

Post a Comment