Salam...sudah masuk 3 hari cuti sekolah..sudah 3 hari juga lah saya duduk di rumah bersama anak-anak.. Saya sepatutnya ke Terengganu menyertai rombongan sekolah..tapi apakan daya..apa perkara yang lebih penting harus diutamakan: anak-anak yang tidak sihat.3 hari ni hujan sahaja belah petang, memang syok dan bahagia..Sempat juga buat triffle coctail..Firdaus kata : sedapnya ibu...Tapi semalam saya buat agar-agar oreo dia kata tak sedap plak..mungkin pahit sikit kot sebab terlebih koko..nanti ibu buat yang lain okey..
Rombongan ke Terengganu sudah lama dirancang, sejak bulan Januari yang lepas..Jadi saya yang menyiapkan kertas kerja, mengumpulkan wang dari murid dan guru yang terlibat..Semangat nak pergi memang berkobar memandang sudah lebih 14 tahun tidak ke sana..Akhir sekali tidak silap 1996 melawat arwah sepupu yang bekerja di sana..lama sudahh..Jadi peluang ini harus dimanfaatkan apatah lagi banyak tempat menarik yang akan dilawat..
Menjelang seminggu hendak pergi, mood itu sudah hilang..saya hanya suarakan pada emak saya betapa saya malas sangat nak pergi..mengapa ?? entah lah..Pada rakan lain, saya diamkan sahaja perasaan ini.. Perasaan tak sedap hati kadang-kadang berlaku juga sebelum ini.Pernah saya mengajak suami saya ke Pesta Buku, saya yang beria-ia mengajak tapi akhinya saya tak pergi, dengan alasan hati tak sedap. Bengang juga la suami saya..hehehe.
Hari Isnin sepatut bertolak. Hari Sabtu, Fatihah meragam..selsema yang sedia ada semakin banyak dan batuk menjadi-jadi..itu semua under control lagi..Menjelang petang, badan mulai panas..ah sudah !! 37.7 panas juga. Dia mula menangis dan muntah..Saya apalagi, cepat-cepat bagi ubat demam yang memang sentiasa dalam simpanan untuk kes-kes kecemasan macam ni.Memandangkan anak dara memang jenis susah makan ubat, saya bagi ubat yang masuk ikut punggung..Kemudian dia okey sampai esok paginya..lega jap..
Tapi tak lama, pagi Ahad tu, panas balik..Dia meragam minta didukung sahaja..Hati mula berkata-kata, inilah kot sebab mengapa rasa malas nak pergi Terengganu..Memang betullah tu..Hari Selasa pulak, Firdaus tak sihat. Dia mengadu telinga sakit dan demam..saya bawa jumpa doktor, ada merah dalam telinga sebab banyak tinjanya!! hahaha...So pas ni kena titik ubat..Kadang-kadang bila anak-anak tidak sihat, buatkan saya terfikir betapa mereka mahu ibu disisi dan ibu jangan pergi mana-mana!! Macam tau-tau saja ibu nak pergi jalan..
Apa yang berlaku, semua ada hikmahnya..Andai kata Fatihah demam semasa saya di Terengganu memang haru dibuatnya..Naluri dan kata hati seorang ibu adakalanya benar..Kita hanya merancang Allah juga Yang Menentukan..Semasa bingkisan ini ditulis, anak-anak sudah mula sihat dan kembali bertambah aktif !! Alhamdulillah...
Minggu depan ada trip lain pulak bersama keluarga mentua.. Tak mahu berharap yang indah-indah takut pisang berbuah untuk kedua kalinya!!
Jumpa lagi ..Babai..Wassalam....
No comments:
Post a Comment