Monday, June 13, 2011

Fatihah Iman Dalam Kapal Terbang

Salam...Cuti sekolah sudah berakhir, jadi semua aktiviti kembali seperti biasa ..sekolah, kelas, kelas bimbingan, koko, mesyuarat, buku-buku dsbnya...Nak cuti lagi sekali kena tunggu bulan 8 nanti, cuti sekolah + cuti hari raya..sabar..sabar..Tapi kali ini bukan nak cerita pasal sekolah, tapi nak kongsi cerita kisah Fatihah yang pertama kali naik kapal terbang..Cerita kat Langkawi dalam next entry..


Memang keluarga mertua dah rancang pergi makan angin di Pulau Langkawi masa cuti hari tu..Jadi bila dimaklumkan akan naik kapal terbang, hati saya dah mula ralat..adusss..mengenangkan anak dara itu tak pernah duk diam, saya terfikir macam mana dalam flight nanti.? diam ke dia ? mau menjerit ke dia ? Tak nak fikir tak nak fikir ( masa tu la ).


Jadi seperti dirancang, hari Jumaat naik flight jam 12 tgh hari ke Langkawi..Kat airport lagi dah dia dah mengeliat tak mau didukung..Menjerit - jerit nak turun..oklah kan, saya turunkan..hah apa lagi terus berlari ntah mana - mana sambil memanggil-manggil abang! abang ! abang !...Jadi nak tak nak ibu pun kena berlari sama mengejar dia..adehhh.. Bila dah check in tu, kena la jalan nak naik kapalkan,dia diam saja sambil memandang 3 ke 4 buah kapal terbang yang ada..1st time tengok kapal terbang dekat-dekat macam tu lah..


Dalam flight, usah cerita lah..mula-mula memang dia suka sangat sebab dapat tempat duduk sendiri, tak payah saya pangku..bila kena pakai seat belt, dia apa lagi, mula mengeluarkan suara tahap maksimum..nanak dodok! nanak dodok !( tak nak duduk ) sambil beria-ia meleraikan seat belt dan merengek-rengek dan menangis..ah sudah...Jadi nak menenangkan keadaan, saya tarik perhatian dengan bagi majalah dan brosur yang ada, memang dia diam, tapi sekejap saja !! Pastu habis majalah dicampak ke lantai..Kesian Firdaus yang kena kutip majalah letak balik kat tempatnya..Bila nak take off, dia diam kejap mungkin sebab tiba-tiba terasa tinggi..tengok muka dia cuak semacam saja.. seterusnya dia berdiri jap duduk, berdiri jap duduk.main ba cak ngan abang, layan majalah dan main seat belt hingga kapal terbang mendarat.Sepanjang 40 minit dalam flight tu saya cakap : cepatlah landing cepatlah landing. Dan dia menjerit lagi bila kena pakai seat belt sebab nak landingkan..adoyaiiii....Firdaus ok sahaja, maklumlah dia dah ada pengalaman naik flight..tak lah teruja mcm adiknya...


Masa nak balik pulak, lain pulak kisahnya.Dia saya kena pangku..memang menjerit bila saya letak atas riba sebab nak berlepas dah..tak mau duduk punya pasal,masa take off tu dia berdiri dekat celah kaki saya sambil mata terkebil -kebil pandang saya..cuak lagi lah tuh..Satu hal lagi, nak tido..menjerit dan menangis..puaslah pujuk semua tak jalan..akhirnya kepala terlentok di bahu saya sambil tangan kirinya erat memeluk tengkuk saya..Bayangkan nak dekat 30 minit saya dalam keadaan mendukungkan dia tak gerak-gerak..nasib baik suami tumpangkan tangan dia bagi saya tampung tangan saya yang memang naik lenguh..Kepala usah cakaplah, macam dan senget saje..huhuhuhu...Itulah pengalaman saya membawa anak berusia 1 thn 7 bln naik kapal terbang..mungkin ada yang lebih hebat dari saya, sudah pasti..


Tak dapat nak ambil gambar dalam fligt sebab memang saya tak berkesempatan, mungkin dalam kamera suami ada..


Okey..nanti cerita kat Langkawi dalam bingkisan seterusnya..babai..wassalam

2 comments: