Tuesday, August 16, 2011

Dia yang Tiada..Al-Fatihah




Salam..Hari ini genaplah sudah 12 tahun abah tercinta pergi menyahut panggilan Ilahi..Ramai yang sedia maklum abah pergi disebabkan penyakit kanser hati..Abah yang sepanjang hayatnya seorang yang amat- amat menjaga kesihatan : jaga makan dan bersenam ..namun akur dengan kuasa Allah..Siapalah kita yang ingin menidakkan qada dan qadar Allah..Sekali lagi, Ramadhan tahun ini tanpa abah..

Tapi bingkisan kali ini,saya tak mau lah tulis pasal abah sakit menanggung kanser yang menyerang dirinya, tak sanggup oiii nak menulis, memang konpem air mata puan penulis ni berjuraian nanti..Yang kali ni, bingkisan  seorang insan bergelar abah sehingga nafas terakhirnya..

Karakter abah..abah memang garang, tapi abah tak marah saya ngan abang-abang yang tiga org tu dengan rotan dsbnya..tapi garangnya abah terletak pada suaranya dan kata-katanya..serius saya tulis nih..kadang-kadang kata-kata abah  memang menusuk hati dan perasaan..memang menangis dibuatnya..tapi semakin umur saya meningkat sehinggalah dah 31 tahun ni,  sudah saya sedari bahawa abah mahu yang terbaik untuk anak-anaknya..jika abah tidak garang sedemikian, rasanya kami 4 beradik tidak menjadi seperti mana kami hari ini..

Abah memang tak suka tengok rumah bersepah.abah selalu tolong mak kemas rumah luar dan dalam rumah terutama masa hari minggu..Masa kami kecik-kecik dulu, memang suka main dan umah pun akan berkecah dan bersepahkan.jadi menjelang pukul 4 ke 4.30 petang tu mmg konpem semua permainan simpan balik sbb tahu jap lagi abah sampai umah..lagu satu kalau tgh mainkan, dari jauh dah dengar bunyi kete volkswagen abah tuh,apalagi berdesup-desaplah masing-masing mengemas apa yang patut..kalau tak sure kena marah ..hikhikhik... Emak pula pada waktu malam, memang tekun buat BBM dia.jadi abahlah menjadi peneman emak menyelesaikan kerja sekolah sampai lewat malam..Emak dulu memang rajin buat alat untuk membantu dia mengajar...

Dalam hal keagamaan, bukan saya nak membanggakan abah sendiri ( tapi setiap anak harus berbangga dengan ayah masing-masing ye tak ), bab solat dan  mengaji abah memang tip top.. terutama  pada bulan Ramadhan..Memang akan bertadarus di surau bersama jemaah yg lain dan  balik rumah pula mengaji sendirian pulak..Solat malam sudah jadi darah daging abah setiap hari ..Alhamdulillah, semasa Ramadhan terakhir abah, abah masih bertadarus di surau walaupun pada masa itu abah sudah sakit..Emak ada bagitau saya : Jika kita di dunia ni selalu membaca Al-Quran, dalam kubur nanti Al-Quran itulah peneman kita. Abah memang selalu bersolat di masjid / surau.tetapi tidak pula membiarkan emak bersolat sendirian di rumah..Pernah satu hari, saya tengok emak sedang duduk di sejadah belum bersolat lagi walhal waktu maghrib sudah masuk pun..Tak lama kemudian, abah balik dari surau usai maghrib dan bersolat jemaah bersama emak pula di rumah...Itu lah abah..

Abah memang amat mementingkan kecemerlangan semua anaknya dalam pelajaran..saya akui lah, dalam adik beradik, saya lah yang lem sikit ( lem = lembab)hikhik..memang tak dinafikan tuh..Yelahkan, abang 3 orang semua duk asrama, saya je lah duk umah sampai masuk U, nasib baik dapat masuk U..jadi saya memang jadi sasaran abah supaya belajar belajar dan belajar..kadang-kadang dapat result tak bagus, memang mengerikan nak tunjuk report card kat abah..abis abis tunjuk kat emak lah, emak pun pelan-pelan habaq kat suami dia..memang kena tembak saya..Tapi yang buat saya tersentuh bila lihat abah yang sakit sebaik saja dia bersara.Masa tuh 1997, saya nak amik SPM..abah saya yang dah mula sakit, sanggup menghantar dan jemput saya dari sekolah dengan alasan: Abah tak mau kau buang masa tunggu bas sebab sampai rumah lambat. Dari situ lah, saya sedar abah yang sakit sanggup hantar dan jemput saya sebab hendak memudahkan saya mengulangkaji, gi tuisyen dan buat homework..Jadi memang lah tidak wajar jika saya mendapat result yang tidak bagus dalam SPM..Alhamdulillah, pengorbanan abah berbaloi dengan result saya yang boleh dikatakan setaraf dengan result abang-abang saya tuh..kecuali alang ( abang saya no. 3 ) sebab result SPM dia tiada tandingannya..

Dalam adik beradik, saya lah yang paling lama duk umah sebab diorang semua masuk form 1 dah duk asrama..Jadi ramai kata: Ayu anak manja!! Manja ke hapanya, kena marah saje tak manja der..hehehe. Tapi dalam adik beradik, saya ada kenangan yg tidak ada pada abang-abang tu, iaitu pergi menunaikan fardhu haji pada 1996..saya pergi bersama abah, emak, sepupu dan emak saudara belah mak..Masih terasa-rasa lagi abah memegang tangan saya semasa menunaikan tawaf ifadah ( mereka  yg menunaikan haji, tau kan betapa menguji kesabaran semasa tawaf ini disebabkan ramai umat yang bertawaf sama ). Saya hampir jatuh disebabkan dilanggar oleh jemaah lain..Nasib baik abah ada, eratnya tangan abah memegang tangan saya sepanjang tawaf itu..kalau tidak..entahlah..Bila di Mekah, setiap jemaah mesti ambil peluang beribadah di Raudah dan Alhamdulillah, saya berpeluang juga bersolat di situ..Pernah satu hari, semasa di Raudah, di celah-celah ukiran kayu yang dijadikan pemisah antara jemaah lelaki dan wanita( dulu ada kayu yang berukir dijadikan pemisah, sekarang tak tahu macammana keadaannya), saya nampak abah sedang mengaji betul-betul di tepi tangga Raudah.Pada tahun haji itu, abah memang bersungguh-sungguh beribadah, mungkin abah tahu itulah ziarah terakhirnya ke Baitullah..

Bila hari Ahad je..( dulu hari Sabtu org gomen kerje ), memang rutin abah pergi pasar beli stok bahan mentah untuk seminggu..memang berplastik-plastik..dengan ikan 3 4 jenis,sayur dan apa-apa sahaja yg seangkatan dengannya..kadang-kadang abah akan bawak balik 2 3 jenis ikan untuk diberi pada arwah wan di kampung.. Masa abah masih hidup, istilah makan di kedai memang tak ada.semuanya makan masakan emak di rumah..Sebab itu sampai sekarang abang-abang saya  bila nak balik rumah emak, soalan pertama diaorg ialah hari ini mak masak apa ?? ( Jadi utk diri aku ni : Ayu bawa-bawa la masak ).Amat jarang abah bawak kami makan di luar..kadang-kadang ada jugak itu pun bersebab..antara sebabnya anak berjaya dalam pelajaran..Tempat yg selalu abah bawak kat Fatimah Restaurant ( sekarang dah tak ada restaurant tu ) makan nasi beriani n fresh orange atau sate kajang.. Fast food?? memang tak dapat wehh..abah tak suka anak-anak dia makan fast food..paling koman pun kami minum float beli kat A&W..itu pun take away !!! Alasan abah, makanan fast food tak berkhasiat..Memang abah seorang yg amat-amat menjaga pemakanan keluarganya!!


Abah orangnya amat berhemah berbelanja..maklumlah abah anak sulung, kami masih kecil ada lagi adik-adik abah yg masih belajar..mesti  tolong ye tak..Abah memang jarang belikan kami baju..nak beli baju tunggulah nak hari raya..selalunya on the way nak balik seremban dari Tg. Malim ( kampung mak ) mesti singgah Mun Loong beli baju raya..masa tu memang seronok la kan nak dapat baju raya..( baju raya anak aku pun tak beli kat KL, hikhik)..Bab kereta,sepanjang 57 tahun usia abah, abah guna 2 volkswagen, 1 honda dan 2 volvo..tapi itu semua kereta terpakai..Jimatkan abah??..tapi sampai sekarang aku masih belum mampu didik diri untuk berjimat cermat terutama bila sale mcm sekarang..penyakit rambang mata sudah mari..

Selepas bersara pada 1996, abah dah mula sakit..walaupun sakit, tapi abah tidak terlantar atas katil.Abah masih mampu membuat banyak perkara seperti biasa..Setiap hari angah akan pandu kereta, bawa abah dan saya ke HKL untuk buat radioterapi, nanti saya akan teman abah balik Seremban naik komuter, begitulah setiap hari sampai satu hari abah kata dia tak mahu buat radioterapi lagi..Bila kanser abah sudah merebak, emak ambil cuti tanpa gaji untuk jaga abah..Allah itu Maha Berkuasa, sepanjang emak jaga abah, emak tak pernah tidak sihat malah emak dikurniakan Allah kesihatan yang baik. Abah pernah kata kepada emak : Cik Odoi ( panggilan abah kepada emak ) isteri yang baik, Cik Odoi nanti masuk syurga..Kalau Cik Odoi ikhlas jaga se ( loghat negeri ) masa se sakit, Cik Odoi dapat tengok se mati.. Saat -saat akhir kematian abah,abah cium dahi mak, abah cium pipi mak kiri dan kanan dan abah peluk mak ..itulah ciuman dan  pelukan terakhir abah kepada emak..Abah meninggal dunia pada hari Isnin 16 Ogos 1999..jenazah abah selamat dikebumikan di Makam Tuan Hj. Said lepas solat zuhur..

Kami redha dengan pemergian abah..Saya sendiri tidak berkesempatan membalas jasa abah seperti mana anak-anak patut membalas jasa ibu bapa masing-masing.Hanya mampu dihadiahkan ialah doa, Al-Fatihah sebaik usai solat, Yassin setiap malam jumaat. dan sedekah jariah..Dengan hadiah ini, moga kubur abah dilapangkan, siksa abah diringankan, kubur abah dilimpahi cahaya, kubur abah ada taman syurga..Moga Al-Quran itu menemani abah di dalam kubur sebagaimana sepanjang hayat abah sentiasa menjadikan Al-Quran itu peneman dirinya.Tenanglah abah di sana, kami di sini pasti menyusul satu hari nanti..Moga kita sekeluarga dapat berkumpul semula di alam kekal abadi..Al-Fatihah.......

6 comments:

  1. touching...huuu..hu...huuuuu!!!!ingat kat arwah abah jugak....al fatihah tuk arwah abah ..

    ReplyDelete
  2. sedihnya bila bc "BINGKISAN DARI TINTA HIDUP" ni...moga arwah di temptkn dlm kalangan org yang beriman...arwah jg bangga mmpunyai anak mcm "HAJAH SITI RAHAYU BT KHALID" (baru tau)...

    ReplyDelete
  3. Bila sebuah kisah ditulis berkaitan dengan org tersayang yang telah tiada di dunia, memang touching..

    ReplyDelete
  4. ayu, aishah nak nangis baca entry nih sebab terus teringat kat arwah pak long. he's such a wonderful pak sedara yang takde tolok gantinya ayu!

    ReplyDelete