Salam..selesai sudah kerja-kerja yang menjerut jiwa ni : menyemak paper penulisan pra upsr dan menyiapkan kertas soalan ujian ogos yang bakal berlangsung tak lama lagi..ishhh..ada lagi..pas ni nak menyemak lagi exam paper dan murid-murid tahun 6 tercinta ada ujian setara 2..menyemak lagi ...rasa-rasanya tak terkira berapa batang pen merah aku dah habis duk menyemak dan menanda jawapan budak..itu belum kira buku lagi..uiii..memang sah-sah lah tokey kilang pen tu kaya-raya disebabkan guru yang sepanjang tahun duk guna pen merah saje..tapi tak pernah pula depa ni bagi spesial price kat cikgu cikgi ni kan.?? hhhmmmm... ( Ayu bekerjalah dengan niat lil la hi ta'ala )
Tanpa diduga,akhirnya berjaya juga saya melalui bulan yang amat panjang ni dan bulan yang tiada cuti melainkan sabtu n ahad saje..uissshh..memang masa berjalan dengan cepat, tup tup.. Ramadhan menjengah lagi..Alhamdulillah, dengan izinNya kita bertemu lagi dengan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan..Moga-moga sempurnalah ibadah yang bakal dilakukan nanti..Insya Allah.
Semalam, semasa sedang duk melayan anak-anak yang tengah main kereta kat depan tv, emak saya berkata : Bulan puasa ni, emak nak pergi tadarus di surau pukul 10 pagi sampai 11.30 pagi setiap hari.
Saya pun cakap : Mak pergilah, Fatihah biarlah dengan bibik.. ( Memang emak sejak bersara akan bertadarus di surau / masjid ngan member-member dia lah )..Kemudian saya cakap lagi : Bertuahnya emak ni dapat beribadah bulan puasa nanti..ayu ni tengoklah macammane..tengah-tengah solat tu, Fatihah dah menjerit-jerit panggil..nak mengaji pun tak sempat..jeles ayu tengok mak ni..
Emak pun cakap lagi : Emak dulu - dulu macam kau juga..asyik melayan anak-anak sahaja..dah bersara ni lah dapat peluang beribadah sebanyak mungkin..takpe, kau muda lagi.. Saya hanya ketawa saja..
Saya cakap kat emak: Mana ada mudanye..amalan ayu harapkan solat dan puasa saja..solat pun yg wajib je,yg sunat tak dapat nak buat..Solat 5 waktu tuh, kalau markah penuhnya 10, 5 /10 pun belum tentu dapat..
Emak saya diam sahaja, kemudian dia bersuara : Sebab itulah Ayu perlu sentiasa berdoa kepada Allah supaya dipanjangkan umur agar diberi kesempatan untuk beribadat.Dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat beribadat dengan sempurna dan dapat membesarkan dan mendidik anak-anak dengan baik. Berdoalah bersungguh-sungguh moga-moga doa itu dimakbulkan Allah..Allah suka pada hambaNya yang memohon sesuatu daripadaNya..
Sepatutnya begitulah kan..berdoa berdoa dan terus berdoa moga apa yang dihajati dimakbulkan Allah..
Menjelang 10 Ramadhan nanti, anakanda yang sulung itu sudah 5 tahun..makin besar makin banyak ragam yang benar-benar menguji kesabaran ibu dan meletakkan had kesabaran itu di tahap luar biasa!!
Kepada semua muslimin dan muslimat yang baca blog saya nih ( ada ke org baca blog ni ?) selamat menjalani ibadah puasa.Semoga Ramadhan ini dijadikan permulaan terbaik dalam usaha meningkatkan amalan ( ayat ni sesuai untuk puan penulis )..hehehehe..Bubai..wassalam..
Friday, July 29, 2011
Tuesday, July 26, 2011
Fatihah..
Salam..Hari ni nak tulis pasal Fatihah yang sudah pandai bercakap dalam satu ayat tu ada lebih kurang 4 ke 5 perkataan..
1. Abu, ni ashuhu abang ? ( Ibu, ini susu abang ?)
2. Abu, akai syut ( Ibu, pakai kasut )
3. Abu, nak yagi ( Ibu, nak lagi )
4. Abu, tium tium tium ati ( Ibu, cium cium cium Ati - Fatihah panggil diri dia 'ati" )
5. Ne nasyi ati ( Mana nasi Ati )
Yang ni pulak, cara Fatihah mengira dari 1 sampai 10 :
atu, duen, iga, empat. lima, inam, dujuh, lapan, shembiyan, sepuwuh.. Kalau boleh nak rekod dan nak bagi dengar cara dia kira, tapi memang tak sempat...
Vocab Fatihah :
1. awan ( cawan )
2. andi ( mandi )
3. tium ( cium )
4. atuh ( jatuh )
5. atit ( sakit )
6. tipi ( tepi )
7. nino ( no )
8. cipan ( simpan )
Cukuplah tu kan..sebenarnya taip bingkisan ni sementara nak tunggu satu lagi website tu buka, nak key in markah...lambat benar jadi taip sikit dulu..kay..bubai..Wassalam..
1. Abu, ni ashuhu abang ? ( Ibu, ini susu abang ?)
2. Abu, akai syut ( Ibu, pakai kasut )
3. Abu, nak yagi ( Ibu, nak lagi )
4. Abu, tium tium tium ati ( Ibu, cium cium cium Ati - Fatihah panggil diri dia 'ati" )
5. Ne nasyi ati ( Mana nasi Ati )
Yang ni pulak, cara Fatihah mengira dari 1 sampai 10 :
atu, duen, iga, empat. lima, inam, dujuh, lapan, shembiyan, sepuwuh.. Kalau boleh nak rekod dan nak bagi dengar cara dia kira, tapi memang tak sempat...
Vocab Fatihah :
1. awan ( cawan )
2. andi ( mandi )
3. tium ( cium )
4. atuh ( jatuh )
5. atit ( sakit )
6. tipi ( tepi )
7. nino ( no )
8. cipan ( simpan )
Cukuplah tu kan..sebenarnya taip bingkisan ni sementara nak tunggu satu lagi website tu buka, nak key in markah...lambat benar jadi taip sikit dulu..kay..bubai..Wassalam..
Monday, July 11, 2011
Tolong..Tolong..
Salam...Tiada lain melainkan sibuknya aku nih...Tiada siapa yang dapek menolong melainkan diri aku sendiri dan moga Allah mempermudahkan segala urusan aku..
Heh..itu ajer..Jumpa lagi dalam bingkisan yang tak tau bila nak publish..Selamat berpuasa sunat Syaaban..Wassalam.
Heh..itu ajer..Jumpa lagi dalam bingkisan yang tak tau bila nak publish..Selamat berpuasa sunat Syaaban..Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)