Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri..

Salam..


Kepada semua pembaca, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin..
Semoga kalian selamat tiba di destinasi masing-masing..Amin..

Saturday, August 20, 2011

Coklat Cornflakes

Salam...Saya percaya ramai pembaca di luar sana sedang agak-agak sibuk membuat persiapan untuk menyambut lebaran yang bakal tiba..Banyak perkara yang nak kena buat, semuanya berkaitan dengan Hari Raya..Bingkisan kali ini, saya nak kongsi satu resepi kuih raya yang amat amat amat amat amat senang sangat.. Disebabkan kat rumah saya oven itu sangatlah cumelnya, jadi memang saya tak dapat nak buat kuih yg guna oven sebab tak mampu nak bakar banyak kali..Jadi terima lah ini. Resepi kakak ipar saya yang tengah dalam pantang tuh.cubalah..Tapi saya tahu ramai yang tahu kuih ni.. Anak-anak pasti suka !!


Bahan-bahan :
1.      Satu kotak Nestle Cornflakes ( saya selalu guna Nestle )
2.      2 bar Nur Cooking Chocolate ( saya tak pernah guna brand lain, jadi tak tahu kalau guna yang lain 
         sedap ke tidak )
3.      Colour Ball
4.      Cup cakes

Langkah 1 :

Caikan coklat..Satu kotak cornflakes tadi boleh guna 1 1/2 bar atau 2 bar..

Langkah 2 :

Bila coklat sudah cair, masukkan cornflakes sedikit demi sedikit ..kacau sampai semua cornflakes tadi disalut dengan coklat.

Langkah 3 :

Gunakan sudu kecil untuk letakkan cornflakes tadi di dalam cup cakes..lepas tu, tabur sikit color balls bagi cantik..Tunggu kering, baru simpan dalam bekas..Kalau coklat dah kering, panaskan lagi bagi cair semula..


Inilah hasilnya..nyam nyam..memang sedap dan senang..Cubalah !!!


Saya bukan pandai buat kuih pun, jadi bila buat yang paling senang ni..kira oklah kan..hikhikhik

Tuesday, August 16, 2011

Dia yang Tiada..Al-Fatihah




Salam..Hari ini genaplah sudah 12 tahun abah tercinta pergi menyahut panggilan Ilahi..Ramai yang sedia maklum abah pergi disebabkan penyakit kanser hati..Abah yang sepanjang hayatnya seorang yang amat- amat menjaga kesihatan : jaga makan dan bersenam ..namun akur dengan kuasa Allah..Siapalah kita yang ingin menidakkan qada dan qadar Allah..Sekali lagi, Ramadhan tahun ini tanpa abah..

Tapi bingkisan kali ini,saya tak mau lah tulis pasal abah sakit menanggung kanser yang menyerang dirinya, tak sanggup oiii nak menulis, memang konpem air mata puan penulis ni berjuraian nanti..Yang kali ni, bingkisan  seorang insan bergelar abah sehingga nafas terakhirnya..

Karakter abah..abah memang garang, tapi abah tak marah saya ngan abang-abang yang tiga org tu dengan rotan dsbnya..tapi garangnya abah terletak pada suaranya dan kata-katanya..serius saya tulis nih..kadang-kadang kata-kata abah  memang menusuk hati dan perasaan..memang menangis dibuatnya..tapi semakin umur saya meningkat sehinggalah dah 31 tahun ni,  sudah saya sedari bahawa abah mahu yang terbaik untuk anak-anaknya..jika abah tidak garang sedemikian, rasanya kami 4 beradik tidak menjadi seperti mana kami hari ini..

Abah memang tak suka tengok rumah bersepah.abah selalu tolong mak kemas rumah luar dan dalam rumah terutama masa hari minggu..Masa kami kecik-kecik dulu, memang suka main dan umah pun akan berkecah dan bersepahkan.jadi menjelang pukul 4 ke 4.30 petang tu mmg konpem semua permainan simpan balik sbb tahu jap lagi abah sampai umah..lagu satu kalau tgh mainkan, dari jauh dah dengar bunyi kete volkswagen abah tuh,apalagi berdesup-desaplah masing-masing mengemas apa yang patut..kalau tak sure kena marah ..hikhikhik... Emak pula pada waktu malam, memang tekun buat BBM dia.jadi abahlah menjadi peneman emak menyelesaikan kerja sekolah sampai lewat malam..Emak dulu memang rajin buat alat untuk membantu dia mengajar...

Dalam hal keagamaan, bukan saya nak membanggakan abah sendiri ( tapi setiap anak harus berbangga dengan ayah masing-masing ye tak ), bab solat dan  mengaji abah memang tip top.. terutama  pada bulan Ramadhan..Memang akan bertadarus di surau bersama jemaah yg lain dan  balik rumah pula mengaji sendirian pulak..Solat malam sudah jadi darah daging abah setiap hari ..Alhamdulillah, semasa Ramadhan terakhir abah, abah masih bertadarus di surau walaupun pada masa itu abah sudah sakit..Emak ada bagitau saya : Jika kita di dunia ni selalu membaca Al-Quran, dalam kubur nanti Al-Quran itulah peneman kita. Abah memang selalu bersolat di masjid / surau.tetapi tidak pula membiarkan emak bersolat sendirian di rumah..Pernah satu hari, saya tengok emak sedang duduk di sejadah belum bersolat lagi walhal waktu maghrib sudah masuk pun..Tak lama kemudian, abah balik dari surau usai maghrib dan bersolat jemaah bersama emak pula di rumah...Itu lah abah..

Abah memang amat mementingkan kecemerlangan semua anaknya dalam pelajaran..saya akui lah, dalam adik beradik, saya lah yang lem sikit ( lem = lembab)hikhik..memang tak dinafikan tuh..Yelahkan, abang 3 orang semua duk asrama, saya je lah duk umah sampai masuk U, nasib baik dapat masuk U..jadi saya memang jadi sasaran abah supaya belajar belajar dan belajar..kadang-kadang dapat result tak bagus, memang mengerikan nak tunjuk report card kat abah..abis abis tunjuk kat emak lah, emak pun pelan-pelan habaq kat suami dia..memang kena tembak saya..Tapi yang buat saya tersentuh bila lihat abah yang sakit sebaik saja dia bersara.Masa tuh 1997, saya nak amik SPM..abah saya yang dah mula sakit, sanggup menghantar dan jemput saya dari sekolah dengan alasan: Abah tak mau kau buang masa tunggu bas sebab sampai rumah lambat. Dari situ lah, saya sedar abah yang sakit sanggup hantar dan jemput saya sebab hendak memudahkan saya mengulangkaji, gi tuisyen dan buat homework..Jadi memang lah tidak wajar jika saya mendapat result yang tidak bagus dalam SPM..Alhamdulillah, pengorbanan abah berbaloi dengan result saya yang boleh dikatakan setaraf dengan result abang-abang saya tuh..kecuali alang ( abang saya no. 3 ) sebab result SPM dia tiada tandingannya..

Dalam adik beradik, saya lah yang paling lama duk umah sebab diorang semua masuk form 1 dah duk asrama..Jadi ramai kata: Ayu anak manja!! Manja ke hapanya, kena marah saje tak manja der..hehehe. Tapi dalam adik beradik, saya ada kenangan yg tidak ada pada abang-abang tu, iaitu pergi menunaikan fardhu haji pada 1996..saya pergi bersama abah, emak, sepupu dan emak saudara belah mak..Masih terasa-rasa lagi abah memegang tangan saya semasa menunaikan tawaf ifadah ( mereka  yg menunaikan haji, tau kan betapa menguji kesabaran semasa tawaf ini disebabkan ramai umat yang bertawaf sama ). Saya hampir jatuh disebabkan dilanggar oleh jemaah lain..Nasib baik abah ada, eratnya tangan abah memegang tangan saya sepanjang tawaf itu..kalau tidak..entahlah..Bila di Mekah, setiap jemaah mesti ambil peluang beribadah di Raudah dan Alhamdulillah, saya berpeluang juga bersolat di situ..Pernah satu hari, semasa di Raudah, di celah-celah ukiran kayu yang dijadikan pemisah antara jemaah lelaki dan wanita( dulu ada kayu yang berukir dijadikan pemisah, sekarang tak tahu macammana keadaannya), saya nampak abah sedang mengaji betul-betul di tepi tangga Raudah.Pada tahun haji itu, abah memang bersungguh-sungguh beribadah, mungkin abah tahu itulah ziarah terakhirnya ke Baitullah..

Bila hari Ahad je..( dulu hari Sabtu org gomen kerje ), memang rutin abah pergi pasar beli stok bahan mentah untuk seminggu..memang berplastik-plastik..dengan ikan 3 4 jenis,sayur dan apa-apa sahaja yg seangkatan dengannya..kadang-kadang abah akan bawak balik 2 3 jenis ikan untuk diberi pada arwah wan di kampung.. Masa abah masih hidup, istilah makan di kedai memang tak ada.semuanya makan masakan emak di rumah..Sebab itu sampai sekarang abang-abang saya  bila nak balik rumah emak, soalan pertama diaorg ialah hari ini mak masak apa ?? ( Jadi utk diri aku ni : Ayu bawa-bawa la masak ).Amat jarang abah bawak kami makan di luar..kadang-kadang ada jugak itu pun bersebab..antara sebabnya anak berjaya dalam pelajaran..Tempat yg selalu abah bawak kat Fatimah Restaurant ( sekarang dah tak ada restaurant tu ) makan nasi beriani n fresh orange atau sate kajang.. Fast food?? memang tak dapat wehh..abah tak suka anak-anak dia makan fast food..paling koman pun kami minum float beli kat A&W..itu pun take away !!! Alasan abah, makanan fast food tak berkhasiat..Memang abah seorang yg amat-amat menjaga pemakanan keluarganya!!


Abah orangnya amat berhemah berbelanja..maklumlah abah anak sulung, kami masih kecil ada lagi adik-adik abah yg masih belajar..mesti  tolong ye tak..Abah memang jarang belikan kami baju..nak beli baju tunggulah nak hari raya..selalunya on the way nak balik seremban dari Tg. Malim ( kampung mak ) mesti singgah Mun Loong beli baju raya..masa tu memang seronok la kan nak dapat baju raya..( baju raya anak aku pun tak beli kat KL, hikhik)..Bab kereta,sepanjang 57 tahun usia abah, abah guna 2 volkswagen, 1 honda dan 2 volvo..tapi itu semua kereta terpakai..Jimatkan abah??..tapi sampai sekarang aku masih belum mampu didik diri untuk berjimat cermat terutama bila sale mcm sekarang..penyakit rambang mata sudah mari..

Selepas bersara pada 1996, abah dah mula sakit..walaupun sakit, tapi abah tidak terlantar atas katil.Abah masih mampu membuat banyak perkara seperti biasa..Setiap hari angah akan pandu kereta, bawa abah dan saya ke HKL untuk buat radioterapi, nanti saya akan teman abah balik Seremban naik komuter, begitulah setiap hari sampai satu hari abah kata dia tak mahu buat radioterapi lagi..Bila kanser abah sudah merebak, emak ambil cuti tanpa gaji untuk jaga abah..Allah itu Maha Berkuasa, sepanjang emak jaga abah, emak tak pernah tidak sihat malah emak dikurniakan Allah kesihatan yang baik. Abah pernah kata kepada emak : Cik Odoi ( panggilan abah kepada emak ) isteri yang baik, Cik Odoi nanti masuk syurga..Kalau Cik Odoi ikhlas jaga se ( loghat negeri ) masa se sakit, Cik Odoi dapat tengok se mati.. Saat -saat akhir kematian abah,abah cium dahi mak, abah cium pipi mak kiri dan kanan dan abah peluk mak ..itulah ciuman dan  pelukan terakhir abah kepada emak..Abah meninggal dunia pada hari Isnin 16 Ogos 1999..jenazah abah selamat dikebumikan di Makam Tuan Hj. Said lepas solat zuhur..

Kami redha dengan pemergian abah..Saya sendiri tidak berkesempatan membalas jasa abah seperti mana anak-anak patut membalas jasa ibu bapa masing-masing.Hanya mampu dihadiahkan ialah doa, Al-Fatihah sebaik usai solat, Yassin setiap malam jumaat. dan sedekah jariah..Dengan hadiah ini, moga kubur abah dilapangkan, siksa abah diringankan, kubur abah dilimpahi cahaya, kubur abah ada taman syurga..Moga Al-Quran itu menemani abah di dalam kubur sebagaimana sepanjang hayat abah sentiasa menjadikan Al-Quran itu peneman dirinya.Tenanglah abah di sana, kami di sini pasti menyusul satu hari nanti..Moga kita sekeluarga dapat berkumpul semula di alam kekal abadi..Al-Fatihah.......

Sunday, August 14, 2011

Bagai empangan pecah..dusshhhhh...

Salam..Apa khabar semua pembaca ?? Moga kalian dalam lindungan Allah hendaknya..Penulis di sini Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk hidup dan menjalankan ibadah puasa dengan sebaik mungkin..( apasal intro aku macam tulis surat kiriman jer ...memang penangan menjadi guru BM meresap ke dalam kalbu sampai terbawa-bawa dalam belog ) hikhikhik...


Tup tup..lip lap..lip lap..dah masuk 2 minggu ++ kita semua berpuasa..Cepat sungguh masa berlalu..Saya makin diselimut dengan kesibukan..apa lagi kan..tak lain dan tak bukan adalah mengadap exam paper murid-murid tercinta itu..memang sentiasa memerlukan semangat juang yang tinggi untuk menyemak terutama paper penulisan..apatah lagi seminggu sebelum raya tuh kena siap markah bagai..Tapi masa ni aku rasa semangat nak raya mengatasi semangat nak semak paper..wahhh..memang mencabar dan tercabar !!


Ikutkan kalendar, Aidilfitri tahun ni jatuh hari Selasa, akhir bulan..bila disebut akhir bulan , memang sinonim dengan penyetelan segala susur galur bil...itu pun dah berapa rm ...ditambah pulak lagi nak buat preparation raya, itu mmg berganda jumlahnya dari bil..semuanya berkenaan dengan duit duit dan duit..jadi memang sah sah pengeluaran duit bulan ni ibarat empangan yang pecah, sudah pecah air membuak-buak dengan banyak dan derasnya!!! Adehhhh...agak-agaknya berapa lama air kena catu untuk bagi empangan aku tuh dibina dengan konkrit semula..Tapi memanglah kan, macam mana nak didik diri supaya bijak berbelanja..Kadang-kadang dah set dalam kepala hotak ni, dah tahu nak beli apa dan berapa nak beli ( especially baju anak-anak lah kan )..Tapi bila sampai kat mall tu, wah hilang sudah plan tadi..apa taknya, baju budak-budak memang cantik lah bangatnye..apatah lagi baju budak perempuan..dengan skirtnya, jeans yang kiut miut, baju yang beropol-ropol lengannya, gaun yang bertingkat-tingkat..itu belum masuk aksesori lain sepit yang colourful siap ada batu kristal dan riben polka dots, cekak yang berbling-bling, hairband yang ada small kiut flowers lagi..memang gerammm..dan dikala itu lah memang terover bajet..heheheh..Jadi korang leh bayangkan aku memilih baju anak dara itu mcmana..pegang ni cantik, pegi pulak tempat lain nampak cantik beli lagi..itu baru anak dara seorang ..Bab Firdaus pulak, anak bujang itu redha sahaja dengan pilihan ibunya, tapi saya still minta pendapat dia  : nak beli baju warna apa? ada gambar apa ?nak t-shirt ke kemeja ke ? nak kasut ke sandal ke ?Tapi bila difikirkan balik, nak kata hasutan syaitan tidak juga sebab bulan Ramadhan ni syaitan kena rantaikan, jadi dari mana hasutan itu datang ?? ngee..ngee...dari ketidakbijaksanaan aku berbelanja lah dan ketidakkuatan iman tidak mampu membendung masalah rambang mata..haiiii..


Tapi yang pasti bajet kuih raya tahun ni susut 90%..wah banyakkan..aku order satu kuih saja..yang lain kakak ipar sponsor..kuih raya yg dia bagi memang terbaekkk. ( Baiknya kakak ipar aku ni, kuih raya dia sponsor, tudung pearl haya aku dan mak dia bagi free..semoga k.long dimurahkan rezeki..amin ).Macam biasa kuih yg wajib aku buat cornflakes bersalut coklat..kuih yg paling senang didunia..takyah guna oven pun..Satu benda yang belum aku buat ialah memenuhi permintaan anak bujang tercinta : Ibu, bila nak buat kek bubble ( marble ) untuk Da ?? Nanti ibu buat hokey...


Kalian macam aku kah ?? Selamat berbelanja dengan bijaksana !!!


Oki lah kalian..nanti sambung dalam bingkisan lain..bubai..Wassalam