Monday, October 24, 2011

Sakit yang Bertandang..

Salam.. wahhh..sudah lama benar saya tidak mencoret sesuatu dalam blog ini..Mula-mula laptop buat hal..masa tu banyak cerita yang ingin dikongsi..tapi sebab dah lama sangat, jadi semua cerita sudah jadi basi dan tak ingat dah..kalau ingat pun, tak syok nak tulis sebab dah takde feel..nak menulis ni perlu selari dengan hati dan fikiran baru ada feelll.....ecehhhhhhh...pandai sajekkk..Itu sebab pertama...


The 2nd reason is anak-anak tidak sihat termasuklah ibunya..Firdaus dan Fatihah muntah-muntah..bermula dengan Firdaus yg mula muntah Ahad malam...apa saja yang masuk mulut keluar balik..habis semua susu dan air masak keluar gak..kesian sungguh tengok dia..lepas tu sakit perut plak...So hari Isnin tu dia tak sekolah, emak saya cakap dia baring ajer..tapi syukur dia tak demam..Dalam pukul 12 tgh saya rush balik rumah after dapat permission ...bawak pergi klinik..masuk ubat ikut b*** then Alhamdulilah, dia okey..tapi yang kelakarnya pas ubat masuk , dia buang air besa, ubat tu keluar sama..call la doktor balik inform, the doc said it's okey..


Selasa petang, Fatihah start muntah-muntah..sama mcm abangnya. Apa saja yang masuk keluar balik..baik susu, air masak dan bubur..semua keluar..Bila malam, muntah makin galak..so cepat-cepat bawak gi klinik..masuk ubat ikut b*** gak...doc kata bagi minum or makan sikit-sikit...tapi mana dia mau..Fatihah memang jenis minum air masak dalam kuantiti yg banyak, jadi kalau dah bagi sikit-sikit mau tak mengamuk dia.!!! Tapi serius, bila bagi banyak, memang membuak keluar..Ubat tu mungkin dos tak kuat sebab tengah-tengah malam, dia masih muntah..tapi dia tak nangis..dia mcam blur saja...kesian sungguh anak ibu !!!
Aku ?? Ibunya pun join sama muntah-muntah gak..tak tidur la kami berdua..ibu terjaga-jaga sebab takut Fatihah muntah..aku pulak memang berjaga sebab asyik muntah..dalam jam 4 pagi baru dapat tido -tido ayam.. esok pagi tu kami berdua memang lembik...


So, dalam jam 10 pagi, bawak Fatihah gi klinik..aku mc lah gak..Doc kata, ubat malam tadi tak cukup 24 jam, so tak nampak kesan lagi...kena tunggu, kalau dah lepas 24 jam masih muntah, bawak klinik lagi...alhamdulillah..menjelang petang dia okey..tapi aku ??? Doc bagi ubat tahan muntah yang buat aku mengantuk gila !!! Serius..mmg ngantuk...tapi ngantuk-ngantuk pun mana dapat nak zzzzzzz sangat kan..anak tak sihat...


Itulah kisahnya kami 3 beranak tidak sihat..Alhamdulilah, setakat hari ni mereka dan ibu bertambah baik..
Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan...


Sebelum tutup tirai buat sementara waktu, nak syer citer Firdaus yang buat ibu tak mampu tak berkata apa-apa...Last week dia ada request nak makan donut..okey dengar donut makanan biasa kan, leh dapat mana-mana..tapi yang tak tahan nak donut Big Apple yang sah-sah ada jual kat JJ sahaja..So, ibu pun janji, nanti cuti ( Cuti Deepavali sekolah tutup 6 hari ) ibu beli..dia agree..ok fine...tapi hari Jumaat petang, bila ibu tengah landing-landing lepas tidurkan Fatihah, dia tuntut donut tuh...ibu cakap nanti kita beli, ibu penat bla bla bla.. tak tahu lah tornedo mana yang datang, dia baling semua bantal atas katil!!..okey ibu boleh terima lagi..tapi yang buat hilang sabar..dia pergi kat baby cot, jerit-jerit kat situ walhal Fatihah baru tido!!! Jadi, dalam keadaan ibu yang cenggini, ibu tak mau marah-marah sangat, okeylah..gi lah JJ yang about 15km from my house semata-mata nak beli DONUT BIG APPLE !!!!Siap kena hadap jam depan Parkson lebih kurang 15 minit...Sungguh tak berbaloi apatah lagi keluar hari tu tak ikhlas..hahahah...itu lah dia anak aku...Kalau datang angin sepoi-sepoi bahasa, memang dia sangat-sangat okey..tapi angin sepoi itu datang sebulan sekali sahaja !!! Nak buek camame ???


Okey...pas ni nak entry pasal Fatihah yang makin banyak mulut...geram sungguh kat dia !!! Geram semua, perangai, keletah, loyar buruk pun ada..mana dapat tu semua ??  Korang tau jawapannya...


Jumpa lagi..daaaa. Bubai..Wassalam

1 comment: