Saturday, June 30, 2012

Choc Here Choc There

Salam.. Ramai kekawan tanya : Rajinnyer mbaking itu dan mbaking ini. kuikui..Tak rajin pun, cuma nak mghabiskun cuti bsalin yang ada lagi 3 minggu. Rasanya pas ni dah slow down kot, sebab next week ada kenduri akikah Fayyadh n the next week tu my mom nak pergi umrah. Kemudian saya pulak dah kembali bekerja. What time flies...

Last week sempat la mbaking dua resepi. Dua-dua coklat. Almaklumlah hidup saya diapit oleh anak-anak yang suka coklat.

OREO BUTTER CAKE




CHOC MOIST CUPPIES


Bila tengok choc moist tu kan takde topping. Actually, topping dah ada dalam periuk. Bibik saya yang tak tau lah saya nak cakap cemane, dia basuh periuk tuh. Bila saya tanya kenapa basuh, dia cakap Firdaus suruh basuh.. Aduhhh..sedih ya amat..rasa nak nangis pun ada. Yang paling baek punya, dah buat salah satu MAAF pun tak keluar dari mulut dia...

Kay..take care..bubai..Wassalammm

Wednesday, June 20, 2012

Twister Orange Soda

Salam.. Puasa sunat Isnin lepas, cuaca yg panas menyebabkan dahaga ya amat. Teringin sangat nak minum benda yang senang dibuat dan sedap. Tadi apa lagi, gugel here gugel there, saya jumpa la air nih..


Bahan-bahan
  • Twister orange
  • Aiskrim soda
  • Nak 'kick' lagi, leh tambah asam boi
Cara-cara :
1.    Mixkan twister oren dengan air aiskrim soda dalam jag.
2.    Kacau bagi sebati
3.    Letak ais bagi sapa yang suka sejuk

Disebabkan saya menikmati air nih bersama anak-anak, jadi saya tak letak asam boi dan ais juga sebab dorang cepat batuk kalau pekena ais @ air sejuk..


Selamat Mencuba!!! Bubai...


Tuesday, June 12, 2012

Chocolate Chip Muffin

Salam..Anak-anak sibuk nak makan muffin, jadi tak sampai hati plak kalau tak buat.Jadi semalam brgelumang kejap saja di dapur..Berdebar-debar juga ler sebab tak pernah buat pun sebelum ni..Dengan berpandukan resepi yang saya gugel sana sini, jadi inilah hasilnya...




Bahan-bahan:
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko ( saya guna van houten )
  • 175gram gula ( saya kurangkan sebab tak suka manis )
  • 150gram coklap chip ( Hersheys)
  • 250ml susu segar ( saya guna Dutch Lady )
  • 90ml minyak masak
Cara-cara
Gaul semua bahan kering dalam mangkuk. Kemudian, gaul semua bahan basah dalam mangkuk lain. Masukkan bahan kering yang sudah digaul ke dalam mangkuk bahan basah. Gaul sampai sebati. Then, masukkan dalam cup. Saya bakar dengan 175C selama 25 minit.











Till then, bubai...