Salam...Sedari zaman kanak-kanak lagi,keinginan menjadi pendidik memang sudah termaktub dalam sanubari...mengapa ye? Entahlah, mungkin melihat sejak kecil sudah melihat Bonda bergelumang dengan buku-buku murid,alatan bantu mengajar,helaian fotostat yang menggunakan duit sendiri untuk diberi kepada anak-anak didik...hasilnya Bonda mencapai kepuasan dalam perjuangannya mendidik anak bangsa...tiada setitis air mata pun yang jatuh di hari persaraannya pada 31 Januari 2006...Sampai sekarang pun Bonda masih menerima panggilan dari mantan anak didik bertanya khabar dan ada yang menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma ekoran anak didik sudah menjadi doktor...
Sejak kecil lagi, saya sudah ada buku rekod mengajar sendiri...bukan menulis rancangan pelajaran harian tetapi catatan nama-nama murid yang saya reka sendiri!!! Konon - konon mengisi markah dalam ujian... Saya pernah kena marah sebab menconteng buku resit Bonda...Saya tak tahu akan kepentingan buku resit itu...
Bila masuk mengisi borang UPU ( untuk masuk U ) 4 pilihan pertama ialah menjadi pendidik..tapi mungkin tiada rezeki...pilihan ke 5 ke UPM dalam bidang ekonomi yang dapat...jadi teruskan pengajian hingga tamat..Semangat tak habis di situ..mendapat peluang menjadi GSTT di Kuala Pilah, kemudian meneruskan cita-cita dengan memohon KPLI...Di situ lah titik tolak kerjaya pendidik saya bermula..
Banyak yang ingin dibingkiskan...Insya Allah... Babai..Wassalam
Ayu..syok sendiri tulis blog...heheheh
ReplyDelete