Sunday, April 24, 2011

Macam-macam Da : Bila Sudah Mula Suka ke Tadika..

Salam... Selesai sudah kerja yang perlu dihantar Isnin ni : soalan exam dan list nama murid ke Terengganu.. memang lega, tapi sekejap saje..Minggu depan ada benda lain pulok..tunggu je la..


Bingkisan kali ni nak citer pasal anak bujangku...MUHAMMAD FIRDAUS...macam mana ngoman dia ...
Tadaaaaaaaa....

Ni zaman saiz kecik sajek




Lihat saja apa di tangannya



Firdaus di Tadika Rumah Si Kecil, dekat saja dengan rumah.Mengikut silibus Smart Reader dan Ednoland Education( singapore) untuk prasekolah.Ada juga art class, pendidikan islam dll.Masa baru start tadika, di luar rumah cuaca terang benderang tapi dalam umah banjir ler pulak..Menangis, menangis dan menangis..Lama juga, nak dekat 3 bulan baru okey...Bila dia dah suka gi tadika, memang banyak ceriter yang kuar dan banyak benda yang ibu kena dengar..Hari-hari, ibu kena dengar lagu Negaraku..sebutan jangan cakap la..ntah apa-apa..tapi sekarang dah ok 90%. Dah mula pandai kaler dengan kemas ( tak kuar line tu )...Pernah satu hari, sebab tengah rajin yang amat sangat, satu huruf jawi dia kaler guna 4 5 warna!!! dah macam rainbow la plak..tapi lama-lama pastu: " Da penat lah bu".. mmmm..Tapi saya perasan, Firdaus bab menulis dia kureng suka sangat sebab bila bab buat homework menulis dia  suka melengah masa dan sengaja buat salah. Tapi bila buat homework mathematics, dia sangat suka sampai page yang cikgu tak suruh buat pun dia akan buat..

Homework time

Ketekunan yang jarang2 ditunjukkan


Tak lama lagi, tadika ada sukan ( dalam takwim tadika la )..Sekarang, hari-hari duk marchin( marching ),..Hari-hari duk nyanyi lagu Red Team ( dia rumah merah )..( nanti dah sukan, boleh citer panjang2 ). Bab mengaji, masih Iqra 1..pas maghrib ibu akan cuba duk ngadap dia tapi tak dapat 100% sebab Fatihah kacau. Sudah mau ikut ayahnya solat , dah pandai baca selawat dan mengucap dua kalimah  syahadah bersama maksud ( walaupun sebutan tak betul lagi ). Baru 4 bulan sekolah, kasut dah tukar.Masa bulan 1 - 3, kasut saiz 1. Masuk bulan 4, dah pakai saiz 2..duk komplen ketat dan jari depan dah bengkok!


Senyuman masa Hari Orientasi


Okey..sampai sini saja..apa yang menarik akan dikongsi bersama..babai.Wassalam

Sunday, April 10, 2011

Pergi Belajar@Hotel Good Hope

Salam....Minggu ini, saya tersasar jauh ke Skudai, Johor...menghadiri Kursus Teknik Bercerita anjuran Kementerian Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama DBP..dan segala program yang dirancang terpaksa diletak tepi..jadi ayat " Saya yang menurut perintah " diutamakan.


Memang menyeronokkan menghadiri kursus sebab banyak perkara baru yang saya pelajari... Dalam kursus ni, saya diajar membuat props@alatan bercerita dalam P&P seperti origami, senduk, pinggan ajaib,lidi dsb...Tapi bagi cikgu2 yang otai: ini semua kami dah buat dulu-dulu.Semasa berlangsungnya bengkel, saya terasa sangat diri ini tak pandai langsung dalam melukis.. memang jemari ni dah jadi buluh, tak boleh dilentur-lentur lagi!! Tetapi, saya amat kagum melihat cikgu2 lama, apa sahaja props yang dikehendaki, sentuhan mereka pasti menjadi !! Berbanding dengan saya, memang menjadi props yang saya hasilkan, tapi tidak sehebat, secomel dan semolek yang lain..Betapa cemburunya saya dengan bakat mereka !!


Penceramah memang istimewa orangnya..Mengapa istimewa ?? Sebab beliau OKU...Beliau mempunyai masalah berjalan kerana mengalami demam panas pada usia 8 bulan.Beliau berjalan menggunakan tongkat.Selama ini saya hanya membaca, mendengar dan melihat dalam media berkenaan OKU yang berjaya.Tapi yang ini, saya melihat dengan mata saya sendiri.Beliau bekerja di DBP.Kekreatifan yang ada pada dirinya membuat saya kagum .Sekali lagi,saya terasa diri kekurangan.Itu lah hidup, ada kelebihan dan kekurangan.Bersyukurlah dengan kurniaan Allah.. Lihat la gambar ni yang sempat dirakam semasa kursus berlangsung :



senyuman si Jambu Air

Teknik lidi

Penghias pentas

Meninggalkan anak-anak tersayang, yang paling ketara ialah Fatihah Iman, demam..Bonda bercerita, Fatihah memanggil abu..abu..abu sambil memandang pintu bilik tidur saya..Kesian dia..Firdaus sudah besar, bila berpeluang bercakap menerusi telefon banyak la soalan yang ditanya :
1.    Bilik ibu tu katilnya ada 1 ke 2 ?
2.    Bilik ibu tinggi sangat sangat sangat ?
3.    Kenapa ibu tak bawak Da dengan Fatey gi hotel ?
4.    Bila ibu nak balik ni ?|

Banyak pengalaman yang akan dibingkiskan, tetapi Fatihah sudah menepuk-nepuk papan kekunci ni, maknanya ibu kena berhenti..Okeyla.Babai..Wassalam





Saturday, April 2, 2011

Kemanisan Sebuah Kejayaan

Salam...Syukur, lega, gembira...Bercampur baur perasaan saya pada minggu ini...Selasa lepas, saya mengiring perjuangan anak didik ke STAR Paroi...Menyaksikan mereka berjuang habis-habisan di trek bersama 3 orang guru yang lain... Tidak terucap dengan kata-kata melihat mereka menjulang trofi pusingan selaku menjadi Johan Keseluruhan Sekolah Rendah Kelas P10, atlet terbaik dan olahragawati sekolah rendah.. kemenangan yang menjadi idaman semua kontinjen yang bertanding menjadi milik SK Puteri...

Bukan senang untuk melahirkan atlet yang bagus. Saya sendiri sudah 6 tahun terlibat dalam olahraga, ini baru pertama kali menumpang kejayaan ini..Semangat juang anak-anak murid juga wajar diberi pujian.Melihat rakan yang lain mendapat emas pertama. itu lah menjadi pembakar semangat mereka...Dan sesungguhnya, hendak mengekalkan kejayaan itu lebih payah daripada mencapai sesuatu kejayaan...Apa-apa pun yang penting berusaha sahaja dan berdoa...

Disebalik kemanisan itu, ada pahitnya...barang saya hilang dicuri pencopek !!! memang hampeh!!! Bila berada di stadium, sudah pasti saya dan rakan akan duduk di situ seharian suntuk..amat tidak bijak lah saya ni, jika masa yang ada dibuang begitu sahaja tanpa buat apa-apa..Maka saya mengangkut buku prestasi pelajar ke sana untuk mengisi markah...Usai kerja, simpan balik buku dan pensil box ke dalam beg...Leka menyaksikan persembahan penutup,saya menerima sms dari rakan "Ayu, tolong tengok beg kamera akak"..
Menggigil saya mendapati beg dan beg kamera dah tak ada !!! Mampus saya nak mencari buku laporan murid2...Tapi rezeki saya masih ada...Allah membantu saya...beg itu ada di atas tembok tetapi pensil box saya yang mewah dengan alat tulis tu, kena kebas...Beg kamera jumpa di atas tangga...Takpe lah kan, yang penting buku2 murid tak hilang..memang kejadian ini beri pengajaran pada saya supaya lebih berhati-hati... Bila difikir2 balik, takde yang berharga dalam beg itu, tapi dah dasar pencuri yang sentiasa kreatif dengan hasil curiannya, apa2 benda pun dia tibai !!!

Oklah...jumpa lagi pada bingkisan akan datang..Babai..Wassalam