Tuesday, May 24, 2011

aduhh..pening kepala..adoii sakit perut

Salam..Saya seorang ibu kepada 2 orang anak kecil..walaupun dua tapi saya rasa...aduhai.. Saya ada seorang kawan, seorang guru juga yang saya kenal semasa mengikuti kursus. Jadi bila ibu bertemu ibu, kisah anak-anak menjadi topik perbualan. Kawan saya itu dikurniakan 8 orang anak..Ramaikan, tapi kat luar sana ada lagi ramai dari dia semestinya !! Bila saya tanya macam mana dia boleh menjaga anak seramai tanpa bantuan sesiapa, dia hanya menjawab " Berdoalah pada Allah ayu. Dia yang pasti membantu ". Jawapan yang ringkas, tapi mendalam maksudnya..


Semenjak  1 2 minggu ni, Firdaus sudah ada perancangan strategik untuk mengelat diri dari ke sekolah !! Yang sorang ni, memanglah..kalau tak buat ibu marah, bukan Firdaus lah namanya..Sudah pandai menipu tak nak ke sekolah.. Bermula dari raptai hari sukan 2 minggu sudah, alasan sakit perut..memang menangis kaww kaww punya lah..real !!! Okeylah kan, emak saya kata : Okeylah, tak payah sekolah, Firdaus baring lah ye.Opah nak keluar ..  Pastu emak saya keluar dan balik ke rumah.masuk rumah senyap2 saja sebab Fatihah tidur. Tiba-tiba emak saya nampak dia keluar dari dapur..berubah muka si Firdaus lalu cakap : Eh! Opah dah balik, ingatkan opah pegi mengaji .. Perut Da dah tak sakit sebab tu Da jalan2 ni.. Bila dirisik2 kenapa tak mau ke sekolah, dia cakap dia takut nak gi stadium sebab ada raptai sukan!!! 


Tu yang pertama . yang kedua lagi best...Bangun tidur je, nangis gila2 babas..Lakonan memang bombastik dan 1st class...Da pening kepala ni, macam mana nak sekolah, Da kena tidur lama lagi ni baru kepala Da okey..Emak saya hangin satu badan : Opah nak Da pergi sekolah jugak. Kalau tak nak Rajagopal amik ( saja-saja gertak sebut Rajagopal ).. Da tak nak..Da sakit perut ni.. Bila dia sebut sakit perut lagi emak tinggi suara : Aikkk, tadi pening sekarang sakit perut plak !! Tipu Opah aje ye... kan dah kantoi...akhirnya ke sekolah jugak..


Kadang-kadang terfikir, mana lah dia belajar ni semua..Hmmmm..makin besar makin banyak cengkadak dan bertambah2 sengalnya !! Semuanya menguji kesabaran.. Tapi itulah dia kanak-kanak. kalau tak beragam - ragam perangai takdelah namanya kanak-kanak..


Sampai sini saja bingkisan kali ini.Sebab saya kena jaga 2 orang budak kecil Fatihah dan Jojo ( anak buah ) yang asyik berebut barang saja!!! Babai..Wassalam...

Thursday, May 19, 2011

Senyuman Si Genit Fatihah

Salam..Memandangkan murid-murid sedang menduduki peperiksaan, maka tiada P&P dijalankan. Oleh sebab itu, sesi persekolahan tamat 1.05 petang..dan saya apa lagi, start enjin kete dan terus..... Bukan saja-saja balik awal, tapi puteri tercinta kena cucuk hari ini di KPJ ...1 tahun 6 bulan... Makin besar makin banyak suku kata yang keluar..tapi kebanyakkan bunyi hujung sahaja :



shah = basah
sha =Kak Alisa (anak along no.2 )
didik = bibik
ship = sleep
atung = dukung
dodong = tudung
tik = cantik
shang = pisang
ayi = air
tal = gatal
atit = sakit




Hari ini, memang rezeki..jumpa parking senang sahaja..kalau tidak, mahu 4 5 kali pusing cari tempat parkir.. Bila sampai di klinik, lengang juga.elok la tu, tak perlu tunggu lama-lama..Sementara nama dipanggil, anak bujang dan anak dara tu, biasalah..hospital macam ibu dia punya..lari sana sini, panjat sana sini..Fatihah yang setia mengikut sahaja apa yang dibuat oleh abangnya..Dengan suara yang lantang, menjerit - jerit memanggil abang ! abang ! setiap kali si abang hilang dari pandangannya.Ada beberapa orang yang lalu lalang akan mencuit pipi dan mengusap kepala si anak dara itu yang sentiasa tersenyum kepada sesiapa sahaja. Perkara yang saya ingat, ada seorang pekerja ( cleaner ) yang menolak troli yang berisi bahan pencuci. Fatihah apalagi menjerit didik ! didik ! sekuat hatinya. ( didik itu ialah bibik ) sambil menuding jari telunjuk pada aci tadi..memang lah dia tu..




Bila nama dipanggil, Dr. Wan ( pakar kanak2 yang merawat anak-anak saya ) menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Fatihah..tetapi Fatihah terus memeluk doktor tu..terkejut saya dengan respon sedemikian..alahai.. Ambil berat dulu..11.9kg.. Ni la masa ditunggu-tunggu..kena inject!! Saya peluk Fatihah takut dia meronta..tapi bila dia tengok jarum tu, dia senyum sahaja..dan bila dicucuk dia senyum senyum dan senyum sampai selesai.. Emmm..dia lebih kebal dari Firdaus !!




Kena berhenti dulu, dah  dengar anak dara memanggil abu..abu..abu..Babai..Wassalam

Tuesday, May 17, 2011

Hari Sukan RSK

Salam.. Sudah lama saya tidak bersiaran..Biasalah, tiada perkataan lain melainkan sibuk saja baik di rumah mahu pun di sekolah.. Namun, saya berkesempatan menghadiri Hari Sukan Rumah Si Kecil baru-baru ini.. Memang berharap sangat nak pergi memandangkan hari-hari tengok Firdaus marchin ( marching ), hari-hari dok dengar dia nyanyi lagu Red Team, hari - hari dok dia lari dalam rumah, dok dengar dia baca ikrar ... Memang bersemangat betul la..Jadi memang tak patut kalau  ibu tak pergi dan sebagai pembakar semangat ibu  pakai baju merah.. Lokasi hari sukan di Center Court, Paroi..tempat berbumbung memang kena dengan cuaca sekarang.Usai menidurkan Fatihah, cepat-cepat bersiap..



Tepat jam 2.00 petang, acara bermula..ada persembahan tarian kemudian kawad.. memang kelakar tengok  si kecil ni berkawad, macam - macam cara dan gaya. Tak kisah lah kan, nama pun si kecil. Kalau mengharapkan kesempurnaan dari si kecil, memang la, tak tahu nak cakap apa.Tapi kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Perlahan - lahan mendidik mereka. Lepas bacaan ikrar. ada sorakan rumah sukan masing-masing.Saya paling suka melihat dan mendengar anak-anak menyanyikan lagu tadika mereka.Rasa syahdu pula. Tak tau la kenapa walhal lagu itu senikatanya menceritakan keriangan dan menggembirakan. Yang paling saya hafal mestilah lagu Red Teamkan sebab hari-hari dok dengar :


We are the one the most goes up
To be a champion
We are we are red team red team
Its okey its orait
Come on red team. fight fight fight..
Go go red team !!



Ada 8 acara : kura-kura dalam gelung, shoalin soccer kids, sweet memories, space jam slam dunk, puzzle trouble, bowlers kids, lontar pundi kacang dan baton run. Untuk ibu bapa : baton run dan hoopla.. Memang menarik dan menghiburkan.. Dalam pukul 4.00 semua selesai..Red team naib johan..Selama ni, saya hanya melihat saja, tapi kali ini saya mengalami dan merasainya pula.Pengalaman baharu bagi saya sebagai seorang ibu. Apabila melihat ibu bapa yang lain memberikan sorakan semangat kepada anak masing - masing dan menepuk-nepuk bahu anak mereka dan memeluk mereka sebaik selesai acara, membuatkan  saya sedar betapa seorang anak itu memang memerlukan sokongan dan dorongan dari ibu dan bapa dalam apa jua yang mereka lakukan sejak kecil lagi.




Jangan lupa ucap terima kasih..
 

kiri kanan kiri kanan..

Petang itu,Firdaus pulang dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya sambil membelek-belek medal yang dimenangi.Rasanya memang berbaloi dengan usaha dirinya dan cikgu-cikgu di RSK.


Okey. Jumpa lagi..babai..wassalam..


p/s: Ada orang bertanya kepada saya, asyik cerita Firdaus sahaja, Fatihah mana ceritanya..