Wednesday, August 15, 2012

13 tahun yang lalu


13 tahun yang lalu,
Abah pergi menyahut Panggilan Ilahi
Meninggalkan kami
Tinggallah kami.


13 tahun yang lalu,
Sebaik sahaja tiba di rumah,
Jenazah abah sudah terbaring kaku,
Kaki tidak terdaya untuk melangkah,
Duduk di sisi jenazah,
Emak memeluk  tapi dia tidak menangis,
Seraya berkata : Abah sudah tiada


13 tahun yang lalu,
Ramadhan terakhir, abah masih bertadarus di surau,
Walau sakit, masih berjemaah berterawih di surau, 
Masih mampu bersolat malam,
Mungkin abah tahu, itu Ramadhan terakhirnya


13 tahun yang lalu, 
Sukarnya membiasakan diri tanpa abah,
Di mana-mana saja ada kelibat abah,
Terngiang-ngiang suara abah,
Terutama di ruang tamu rumah tempat abah solat dan mengaji, 
Bagaimana dengan emak
Yang 25 tahun hidupnya di sisi suami tercinta,
Mengabdikan dirinya pada suaminya, 
Sesungguhnya emak isteri yang tabah,
Menjaga abah seikhlas hatinya 
Menjaga abah sepenuh jiwa raganya,
Hingga nafas terakhir abah, emak setia di sisi.

Hari ini sudah 13 tahun,
Masih segar di ingatan saat melihat jenazah abah hingga ke liang lahad,
Masakan boleh lupa, 
Insan istimewa yang tidak sempat dibalas jasa pengorbanannya yang tiada tolok bandingya ini, 
Masakan boleh lupa, 
Insan yang sangat menjaga kebajikan keluarganya ini, 
Masakan boleh lupa,
Insan yang sentiasa memberi tanpa meminta ini, 
Masakan boleh lupa,
Insan yang pasti bangga melihat anak-anaknya hari ini.
Masakan boleh lupa, 
Seorang insan yang bergelar ABAH

Hari ini sudah 13 tahun abah pergi, 
Apa yang pasti,
Doa yang tidak putus-putus untuk abah,
Ingatan yang kekal abadi buat abah,
Berbahagialah abah di sana,
Satu masa sampai ketika kita bertemu jua.

AL - FATIHAH


6 comments:

  1. Juga seorang anak dan abang yang cukup penyayang dan bertanggungjawap, Dilahirkan sebagai anak sulung yang amat berwibawa, permergiannya amat di rasai, namun takdir Allah mengatasi segala2nya. Al Fatihah buat balong tersayang, rindu rasanya itu memanggil panggilan tu lagi.

    ReplyDelete
  2. takkan lupa, malam tu jemput ayu kat UPM. masa ayu bukak pintu bilik, tak tau nak cakap apa, ayu sendiri boleh tafsir apa yang hendak disampaikan.

    ReplyDelete
  3. Kan cu .semua ahli keluarga terasa sangat..lebih - lebih lagi time nak raya cenggini.. semua memori trbayang-bayang di mata..

    ReplyDelete
  4. Aishah..Ayu tak akan lupa tgk air muka mak ndak n aishah time tuh..

    ReplyDelete
  5. K.ruziah...secara spontan jer ni..bila mood n perasaan selari gini ler hasilnyer....

    ReplyDelete